Friday, 31 October 2014
Mini Billboard
SEMTASI MINI Billboard
Maju setapak lagi, Petronas All About Youth Team SEMTASI....Biar gambar berbicara..........
Program ini di bawah kelolaan Bidang Sains dan Matematik dengan kerjasama PETRONAS.
Syabas dan tahniah Cikgu Maria, Ketua Bidang Sains dan Matematik serta ahli-ahlinya.
Sunday, 10 August 2014
PPPM
Agenda Komunikasi PPPM & DTP
Program ini
diadakan pada 9 Ogos 2014 bertempat di Dewan Makan Asrama SEMTASI. Ia bertujuan
untuk memberi kefahaman tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan
Program Transformasi Daerah Kota Belud kepada semua guru dan Kumpulan Sokongan.
Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Suid Hj. Hanapi dan Penolong
Kanan Pentadbiran, En. Johari Hajat. Program ini turut dihadiri oleh En.Baharom
sebagai pemantau dari Pejabat Pendidikan Daerah, Kota Belud.
Friday, 27 June 2014
Hari Guru KB
Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud
Majlis
Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud telah diadakan pada 26 Julai 2014,
bertempat di SMKA Tun Said, Kota Belud. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB
Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Mohd Salleh Tun Said dan turut dihadiri oleh Datuk Jame
Alip, Pengarah pendidikan Negeri Sabah sebagai tetamu jemputan. Penerima Tokoh
Guru Peringkat Daerah ialah En. Abu Mos bin Abu, sementara penerima Anugerah
Kepimpinan ialah En. Jati Gunak dan penerima Anugerah Khas dianugerahkan kepada En.Samuel
Tuesday, 27 May 2014
Konvo
Majlis Konvokesyen PraUniversiti
Pengurusan
PraUniversiti SMK Taun Gusi, Kota Belud sekali lagi mengadakan Majlis
Konvokesyen Kali Ke-2 Kohort 1 STPM 2013 pada 27 Mei 2014 bertempat di Hotel
Tabung Haji (TAHA), Kota Kinabalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk
Seri Panglima Dr. Haji Mohd. Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri
Sabah. Pada tahun 2013, program ini diadakan di Hotel Sutera Habour untuk
pelajar-pelajar STPM 2012 yang merupakan kohort terakhir Sistem Terminal.
Monday, 26 May 2014
Hari Guru
SAMBUTAN HARI GURU 2014
Hari Guru
peringkat sekolah telah dijalankan pada 26 Mei 2014. Sambutan ini dikelolakan
oleh Kelab Guru bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan temanya “GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, gubahan bunga, persembahan
pelajar, nyanyian Guru Malaysia oleh semua guru SEMTASI, jamuan makan untuk
guru dan pelajar dan persembahan karaoke.
Thursday, 22 May 2014
Blog SEMTASI
Blog SEMTASI
Majlis Pelancaran BLOG SEMTASI
Disempurnakan Oleh:
Yang Berbahagia DATUK JAME ALIP
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Mantan Pengetua SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Yang Berbahagia DATUK JAME ALIP
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Mantan Pengetua SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Sempena
Majlis Anugerah Cemerlang SEMTASI
22 Mei 2014
Warga SEMTASI merakamkan
setinggi-tinggi
Penghargaan ke atas pelancaran
BLOG SEMTASI
Terima Kasih Datuk Pengarah
Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah berkenan merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah berkenan merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Datuk Pengarah bersama En. Tommy Golok, Admin Blog SEMTASI semasa
pelancaran Laman Rasmi Blog Sekolah.
Datuk Pengarah sedang memerhati gimik yang dibuat oleh En.Tentera Gulang
Gimik bersama En. Dollah Markam dan En. Jarman, bekas KTBM SEMTASI.
Potret Datuk Pengarah hasil nukilan En. Baron Kampiau
Datuk Pengarah dibawa ke Dewan Asrama SEMTASI menggunakan 'USUNAN'
Monday, 19 May 2014
Tercantik
Pertandingan Bilik,Papan Kenyataan dan Taman Tercantik
Sempena Majlis Anugerah Cemerlang
2014 yang akan diadakan pada 22 Mei 2014, pihak Pengurusan Sekolah mengadakan Pertandingan
Bilik, Papan Kenyataan dan Taman Tercantik. Pertandingan ini telah diadili oleh
juri-juri professional terdiri daripada En. Injan Malul, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK. Pekan Kota Belud dan dibantu oleh dua orang bekas kakitangan
bukan mengajar sekolah ini iaitu En. Jerman dan En. Dollah pada 19 Mei 2014.
Keputusan:
ANUGERAH PERTANDINGAN
INOVASI DAN KREATIVITI
|
||
BIL
|
ANUGERAH
|
PENERIMA
|
1
|
Pamplet / Brosur
|
BIDANG BAHASA
|
UNIT DISIPLIN
|
||
UNIT KOKURIKULUM
|
||
2
|
Papan Kenyataan Persatuan / Kelab
|
PERSATUAN BAHASA DAN SASTERA
|
PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS
|
||
PERSATUAN BAHASA INGGERIS
|
||
3
|
Papan Kenyataan Unit Beruniform
|
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
|
PERSATUAN KADET POLIS
|
||
PERSATUAN PENGAKAP
|
||
4
|
Papan Kenyataan Sukan / Permainan
|
PERSATUAN BOLA SEPAK
|
PERSATUAN SENI SILAT
|
||
PERSATUAN BADMINTON
|
||
5
|
Papan Kenyataan Khas
|
BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
|
BIDANG BAHASA
|
||
BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
|
||
6
|
Taman
|
TAMAN FLORA DAN FAUNA
|
TAMAN ORKID
|
||
TAMAN HERBA
|
||
7
|
Bilik Guru
|
BILIK GURU SAINS DAN TEKNIK
|
BILIK HAL EHWAL MURID
|
||
BILIK GURU BAHASA DAN SAINS SOSIAL
|
Saturday, 17 May 2014
Pertandingan Badminton
Pertandingan Badminton Tertutup SEMTASI
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton SEMTASI
sempena Hari Guru pada 17 Mei 2014 bersamaan hari Sabtu, di Dewan SK Jawi-Jawi, Kota Belud.
Keputusan Akhir:
Laporan oleh: En. Roslan Asang
Keputusan Akhir:
BERGU GURU LELAKI
|
BERGU GURU PEREMPUAN
|
Johan:
En. Yusof Rakunman &
En. Roslan Asang
Naib Johan:
En. Azrul Nizam Abu Hassan &
En. Mohd. Asrie Zainal
Tempat Ketiga:
Datu Masjidin Moksan &
Abdul Jabar
|
Johan:
Cik Ilzan Natul Padli &
Cik Mariani Mar
Naib Johan:
Pn. Hasanah Kassim &
Pn. Siti Kamisah Boyon
Tempat Ketiga:
Pn. Kaibah Mandak &
Cik Masliah
|
Laporan oleh: En. Roslan Asang
Friday, 16 May 2014
Penutupan Orientasi
Majlis Penutupan Orientasi Pra Universiti 2014/2015
Program Orientasi pelajar baru Pra Universiti
SEMTASI telah berjalan selama dua minggu iaitu bermula dari 5 Mei 2014 hingga
16 Mei 2014. Pada hari ini merupakan hari penutupan program ini yang telah
disempurnakan oleh Tuan Hj. Suid Hj. Hanapi, Pengetua Cemerlang SMK.Taun Gusi,
Kota Belud. Beberapa acara telah dilaksanakan sempena majlis penutupan
orientasi ini, antaranya ialah Angkat Sumpah pelajar Pra-U1, persembahan oleh
pelajar Pra-U1 dan pelajar Pra-U2 dan penyampaian pelajar terbaik lelaki dan
perempuan peserta orientasi. Jamuan juga ada disediakan untuk pelajar dan para
pensyarah.
Monday, 12 May 2014
English Drama
English Drama Competition
Competition Information
On 8 May, 2014, the Kota Belud District held an
English Drama Competition. The venue was SMK Taun Gusi II. Six schools from the
District participated by preparing a 20-minute long play, completely spoken in
English. The productions were graded by a panel of judges who marked the
performances on the use of English, the depth of the play’s storyline, the level
of acting, the costumes, and the props.
SMK Taun Gusi’s Production: Paduka Mat Salleh
SMK
Taun Gusi prepared a written production of Paduka
Mat Salleh, a story of love, betrayal, and greed set during the Malaysian
Independence. Mrs. Hasanah Hassim was the Coach, the Director, and the Team
Manager and began preparations at the start of the first semester of 2014. Fifteen
students participated in a number of ways: actors, lighting and sound
designers, costume designers, and scenery designers. These students included
thirteen form 5 students, one form 4 student, and one form 6 student.
SMK
Taun Gusi students had quite a number of practices and rehearsals to prepare
for this difficult competition; all actors were required to memorize their
lines. The costumes included traditional
British soldier costumes as well as traditional Malaysian costumes. The scenery
and music was adjusted per scene to create an immersive experience.
The
play tells the story of Paduka Mat Salleh, his wife Dang Bandang, his friend
Jati, and Mr. Smith, the commander of the British Army. Paduka Mat Salleh was
known as an extremely powerful soldier who could not be defeated in battle. He
had immense trust in his comrade Jati, whom he fought alongside with, and
likewise in his wife, Dang Bandang, whom he tries to protect. Dang Bandang
wishes to stay with Paduka Mat Salleh, but Paduka Mat Salleh does not want her
to get hurt. However, Dang Bandang is firm in her love with Paduka Mat Salleh
and continues to be by his side. During the war, Paduka Mat Salleh encounters
Mr. Smith in a battle. Luckily, Paduka Mat Salleh is able to overpower Mr.
Smith’s army. On Jati’s recommendation, Paduka Mat Salleh has a celebration
after the battle. However, Jati was secretly on the British army’s side, wooed
by their wealth and promise of power. That night, the British Army returned and
destroyed the Malaysian army. They discover Paduka Mat Salleh’s secret, that
his wife’s bare foot cannot touch the ground, and force Dang Bandang’s foot to
the ground whereby Paduka Mat Salleh loses his invincibility.
Student Achievements
SMK
Taun Gusi won 2nd place overall in the 2014 Kota Belud District
English Drama Competition. The school also won the Best Supporting Actor Award
(Mohd Shafiq Dulamid, form 5 ICT), the Best Costume Award, and the Best Prop
Award among all the schools participating in the competition.
Reported by Mrs. Hasanah Hassim
Tuesday, 6 May 2014
Minggu Orientasi
Minggu Orientasi Pelajar Baru Pra U1 Tahun 2014
05 Mei 2014
merupakan hari pendaftaran pelajar baru Pra Universiti (Tingkatan Enam) di
seluruh sekolah di Malaysia. Di SMK Taun Gusi, bilangan pelajar yang mendaftar
pada hari tersebut adalah seramai 57 orang sahaja daripada 104 pelajar yang
mendapat tawaran ke Tingkatan Enam. Para pelajar kemudian menjalani Program
Orientasi selama dua minggu iaitu bermula dari 05 Mei 2014 sehingga 16 Mei
2014. Antara pengisian Program Orientasi ini adalah taklimat Hala Tuju
Pendidikan Pra Universiti, Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, Motivasi dan
Kerjaya, Hal Ehwal Pelajar, Disiplin, Biasiswa, Taklimat Mata Pelajaran dan
Kerja Kursus bagi setiap subjek. Majlis Penutupan Orientasi ini dijangka akan disempurnakan
oleh Tuan Pengetua pada 16 Mei 2014.
Sesi Taklimat Kerjaya oleh Ketua Kaunselor Sekolah, En.Mohd Aqsha Saubin
Tuesday, 22 April 2014
Minggu Kesihatan
Minggu Kesihatan 2014
Satu lagi program yang sedang dijalankan di
SEMTASI ialah Minggu Kesihatan 2014 yang dianjurkan oleh gabungan Persatuan
Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan Unit Kesihatan Murid SMK. Taun Gusi. Menurut Pn.Junainah
Subin selaku Guru Penasihat dan pengelola program ini, beberapa aktiviti telah
dirancang sepanjang minggu ini iaitu dari 21 hingga 25 April, 2014 sesuai
dengan tema ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’. Program ini telah dilancarkan oleh
En.Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran pada 21 April 2014. Antara aktiviti program ini adalah Kempen Menderma Darah oleh guru-guru dan pelajar Pra Universiti
SEMTASI, ceramah kesihatan serta kuiz kesihatan.
Upacara Majlis Pelancaran Minggu Kesihatan 2014 disempurnakan
oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran.
Tema 'BADAN SIHAT, MINDA CERDAS'
Kempen Derma Darah dikendalikan oleh petugas Hospital Daerah Kota Belud
Subscribe to:
Posts (Atom)