Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Tuesday 22 April 2014

Minggu Kesihatan

Minggu Kesihatan 2014
Satu lagi program yang sedang dijalankan di SEMTASI ialah Minggu Kesihatan 2014 yang dianjurkan oleh gabungan Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan Unit Kesihatan Murid SMK. Taun Gusi. Menurut Pn.Junainah Subin selaku Guru Penasihat dan pengelola program ini, beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang minggu ini iaitu dari 21 hingga 25 April, 2014 sesuai dengan tema ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’. Program ini telah dilancarkan oleh En.Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran pada 21 April 2014. Antara aktiviti program ini adalah Kempen Menderma Darah oleh guru-guru dan pelajar Pra Universiti SEMTASI, ceramah kesihatan serta kuiz kesihatan.
 
Upacara Majlis Pelancaran Minggu Kesihatan 2014 disempurnakan
oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran.

Tema 'BADAN SIHAT, MINDA CERDAS'

Kempen Derma Darah dikendalikan oleh petugas Hospital Daerah Kota Belud


 

No comments:

Post a Comment