Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Friday 31 October 2014

Mohon Restu

Majlis Mohon Restu dan Jamuan Akhir Tahun
Prauniversiti SEMTASI






Mini Billboard

SEMTASI MINI Billboard

Maju setapak lagi, Petronas All About Youth Team SEMTASI....Biar gambar berbicara..........
Program ini di bawah kelolaan Bidang Sains dan Matematik dengan kerjasama PETRONAS.
Syabas dan tahniah Cikgu Maria, Ketua Bidang Sains dan Matematik serta ahli-ahlinya.





Sunday 10 August 2014

PPPM

Agenda Komunikasi PPPM & DTP
Program ini diadakan pada 9 Ogos 2014 bertempat di Dewan Makan Asrama SEMTASI. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Program Transformasi Daerah Kota Belud kepada semua guru dan Kumpulan Sokongan. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Suid Hj. Hanapi dan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Johari Hajat. Program ini turut dihadiri oleh En.Baharom sebagai pemantau dari Pejabat Pendidikan Daerah, Kota Belud.


 

Friday 27 June 2014

Hari Guru KB

Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud

Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud telah diadakan pada 26 Julai 2014, bertempat di SMKA Tun Said, Kota Belud. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Mohd Salleh Tun Said dan turut dihadiri oleh Datuk Jame Alip, Pengarah pendidikan Negeri Sabah sebagai tetamu jemputan. Penerima Tokoh Guru Peringkat Daerah ialah En. Abu Mos bin Abu, sementara penerima Anugerah Kepimpinan ialah En. Jati Gunak dan penerima Anugerah Khas dianugerahkan kepada En.Samuel


 

Tuesday 27 May 2014

Konvo

Majlis Konvokesyen PraUniversiti
Pengurusan PraUniversiti SMK Taun Gusi, Kota Belud sekali lagi mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-2 Kohort 1 STPM 2013 pada 27 Mei 2014 bertempat di Hotel Tabung Haji (TAHA), Kota Kinabalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd. Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Pada tahun 2013, program ini diadakan di Hotel Sutera Habour untuk pelajar-pelajar STPM 2012 yang merupakan kohort terakhir Sistem Terminal.
 



 
 
 

Monday 26 May 2014

Hari Guru

SAMBUTAN HARI GURU 2014
Hari Guru peringkat sekolah telah dijalankan pada 26 Mei 2014. Sambutan ini dikelolakan oleh Kelab Guru bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan temanya “GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, gubahan bunga, persembahan pelajar, nyanyian Guru Malaysia oleh semua guru SEMTASI, jamuan makan untuk guru dan pelajar dan persembahan karaoke.
 



 

Thursday 22 May 2014

Blog SEMTASI

Blog SEMTASI
Majlis Pelancaran BLOG SEMTASI
Disempurnakan Oleh:
Yang Berbahagia DATUK JAME ALIP
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Mantan Pengetua SMK Taun Gusi, Kota Belud.

Sempena

Majlis Anugerah Cemerlang SEMTASI

22 Mei 2014

Warga SEMTASI merakamkan setinggi-tinggi
Penghargaan ke atas pelancaran
BLOG SEMTASI

Terima Kasih Datuk Pengarah


Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah berkenan merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taun Gusi, Kota Belud.


Datuk Pengarah bersama En. Tommy Golok, Admin Blog SEMTASI semasa
pelancaran Laman Rasmi Blog Sekolah.
 

Datuk Pengarah sedang memerhati gimik yang dibuat oleh En.Tentera Gulang

Gimik bersama En. Dollah Markam dan En. Jarman, bekas KTBM SEMTASI.
 
Potret Datuk Pengarah hasil nukilan En. Baron Kampiau

Datuk Pengarah dibawa ke Dewan Asrama SEMTASI menggunakan 'USUNAN'
 
 

Monday 19 May 2014

Tercantik

Pertandingan Bilik,Papan Kenyataan dan Taman Tercantik
Sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2014 yang akan diadakan pada 22 Mei 2014, pihak Pengurusan Sekolah mengadakan Pertandingan Bilik, Papan Kenyataan dan Taman Tercantik. Pertandingan ini telah diadili oleh juri-juri professional terdiri daripada En. Injan Malul, Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Pekan Kota Belud dan dibantu oleh dua orang bekas kakitangan bukan mengajar sekolah ini iaitu En. Jerman dan En. Dollah pada 19 Mei 2014.

Keputusan:

ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI
BIL
ANUGERAH
PENERIMA
1
Pamplet / Brosur
BIDANG BAHASA
UNIT DISIPLIN
UNIT KOKURIKULUM
2
Papan Kenyataan Persatuan / Kelab
PERSATUAN BAHASA DAN SASTERA
PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS
PERSATUAN BAHASA INGGERIS
3
Papan Kenyataan Unit Beruniform
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
PERSATUAN KADET POLIS
PERSATUAN PENGAKAP
4
Papan Kenyataan Sukan / Permainan
PERSATUAN BOLA SEPAK
PERSATUAN SENI SILAT
PERSATUAN BADMINTON
5
Papan Kenyataan Khas
BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
BIDANG BAHASA
BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
6
Taman
TAMAN FLORA DAN FAUNA
TAMAN ORKID
TAMAN HERBA
7
Bilik Guru
BILIK GURU SAINS DAN TEKNIK
BILIK HAL EHWAL MURID
BILIK GURU BAHASA DAN SAINS SOSIAL






 

Saturday 17 May 2014

Pertandingan Badminton

Pertandingan Badminton Tertutup SEMTASI
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton SEMTASI sempena Hari Guru pada 17 Mei 2014 bersamaan hari Sabtu, di Dewan SK Jawi-Jawi, Kota Belud.

Keputusan Akhir:

BERGU GURU LELAKI
BERGU GURU PEREMPUAN
Johan:
En. Yusof Rakunman &
En. Roslan Asang
 
Naib Johan:
En. Azrul Nizam Abu Hassan &
En. Mohd. Asrie Zainal
 
Tempat Ketiga:
Datu Masjidin Moksan &
Abdul Jabar
 
Johan:
Cik Ilzan Natul Padli &
Cik Mariani Mar
 
Naib Johan:
Pn. Hasanah Kassim &
Pn. Siti Kamisah Boyon
 
Tempat Ketiga:
Pn. Kaibah Mandak &
Cik Masliah
 

Laporan oleh: En. Roslan Asang
 
 
 


 

 

Friday 16 May 2014

Penutupan Orientasi

Majlis Penutupan Orientasi Pra Universiti 2014/2015
Program Orientasi pelajar baru Pra Universiti SEMTASI telah berjalan selama dua minggu iaitu bermula dari 5 Mei 2014 hingga 16 Mei 2014. Pada hari ini merupakan hari penutupan program ini yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Suid Hj. Hanapi, Pengetua Cemerlang SMK.Taun Gusi, Kota Belud. Beberapa acara telah dilaksanakan sempena majlis penutupan orientasi ini, antaranya ialah Angkat Sumpah pelajar Pra-U1, persembahan oleh pelajar Pra-U1 dan pelajar Pra-U2 dan penyampaian pelajar terbaik lelaki dan perempuan peserta orientasi. Jamuan juga  ada disediakan untuk pelajar dan para pensyarah.
 



 

 

Monday 12 May 2014

English Drama

English Drama Competition

Competition Information

On 8 May, 2014, the Kota Belud District held an English Drama Competition. The venue was SMK Taun Gusi II. Six schools from the District participated by preparing a 20-minute long play, completely spoken in English. The productions were graded by a panel of judges who marked the performances on the use of English, the depth of the play’s storyline, the level of acting, the costumes, and the props.

SMK Taun Gusi’s Production: Paduka Mat Salleh

SMK Taun Gusi prepared a written production of Paduka Mat Salleh, a story of love, betrayal, and greed set during the Malaysian Independence. Mrs. Hasanah Hassim was the Coach, the Director, and the Team Manager and began preparations at the start of the first semester of 2014. Fifteen students participated in a number of ways: actors, lighting and sound designers, costume designers, and scenery designers. These students included thirteen form 5 students, one form 4 student, and one form 6 student.

SMK Taun Gusi students had quite a number of practices and rehearsals to prepare for this difficult competition; all actors were required to memorize their lines.  The costumes included traditional British soldier costumes as well as traditional Malaysian costumes. The scenery and music was adjusted per scene to create an immersive experience.

The play tells the story of Paduka Mat Salleh, his wife Dang Bandang, his friend Jati, and Mr. Smith, the commander of the British Army. Paduka Mat Salleh was known as an extremely powerful soldier who could not be defeated in battle. He had immense trust in his comrade Jati, whom he fought alongside with, and likewise in his wife, Dang Bandang, whom he tries to protect. Dang Bandang wishes to stay with Paduka Mat Salleh, but Paduka Mat Salleh does not want her to get hurt. However, Dang Bandang is firm in her love with Paduka Mat Salleh and continues to be by his side. During the war, Paduka Mat Salleh encounters Mr. Smith in a battle. Luckily, Paduka Mat Salleh is able to overpower Mr. Smith’s army. On Jati’s recommendation, Paduka Mat Salleh has a celebration after the battle. However, Jati was secretly on the British army’s side, wooed by their wealth and promise of power. That night, the British Army returned and destroyed the Malaysian army. They discover Paduka Mat Salleh’s secret, that his wife’s bare foot cannot touch the ground, and force Dang Bandang’s foot to the ground whereby Paduka Mat Salleh loses his invincibility.

Student Achievements

SMK Taun Gusi won 2nd place overall in the 2014 Kota Belud District English Drama Competition. The school also won the Best Supporting Actor Award (Mohd Shafiq Dulamid, form 5 ICT), the Best Costume Award, and the Best Prop Award among all the schools participating in the competition.

Reported by Mrs. Hasanah Hassim


 

 

Tuesday 6 May 2014

Minggu Orientasi

Minggu Orientasi Pelajar Baru Pra U1 Tahun 2014
05 Mei 2014 merupakan hari pendaftaran pelajar baru Pra Universiti (Tingkatan Enam) di seluruh sekolah di Malaysia. Di SMK Taun Gusi, bilangan pelajar yang mendaftar pada hari tersebut adalah seramai 57 orang sahaja daripada 104 pelajar yang mendapat tawaran ke Tingkatan Enam. Para pelajar kemudian menjalani Program Orientasi selama dua minggu iaitu bermula dari 05 Mei 2014 sehingga 16 Mei 2014. Antara pengisian Program Orientasi ini adalah taklimat Hala Tuju Pendidikan Pra Universiti, Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, Motivasi dan Kerjaya, Hal Ehwal Pelajar, Disiplin, Biasiswa, Taklimat Mata Pelajaran dan Kerja Kursus bagi setiap subjek. Majlis Penutupan Orientasi ini dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada 16 Mei 2014.


 
Sesi Taklimat Kerjaya oleh Ketua Kaunselor Sekolah, En.Mohd Aqsha Saubin
 
 
 
 
 


 

Tuesday 22 April 2014

Minggu Kesihatan

Minggu Kesihatan 2014
Satu lagi program yang sedang dijalankan di SEMTASI ialah Minggu Kesihatan 2014 yang dianjurkan oleh gabungan Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan Unit Kesihatan Murid SMK. Taun Gusi. Menurut Pn.Junainah Subin selaku Guru Penasihat dan pengelola program ini, beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang minggu ini iaitu dari 21 hingga 25 April, 2014 sesuai dengan tema ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’. Program ini telah dilancarkan oleh En.Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran pada 21 April 2014. Antara aktiviti program ini adalah Kempen Menderma Darah oleh guru-guru dan pelajar Pra Universiti SEMTASI, ceramah kesihatan serta kuiz kesihatan.
 
Upacara Majlis Pelancaran Minggu Kesihatan 2014 disempurnakan
oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran.

Tema 'BADAN SIHAT, MINDA CERDAS'

Kempen Derma Darah dikendalikan oleh petugas Hospital Daerah Kota Belud