Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Aluan Pengetua





Perutusan Pengetua SMK. Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.
Assalamualaikum, w.b.t dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya berkata sepatah dua kata buat renungan kita bersama.

Pada kesempatan yang ada, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan AJK Laman Blog Sekolah kerana telah berjaya membina dan menaik taraf laman web sekolah kepada laman blog yang tentunya menjadi saluran maklumat yang berkesan.

Laman blog sekolah ini adalah sebagai satu wadah dan sumber maklumat semasa untuk kegunaan semua warga sekolah selari dengan zaman teknologi maklumat yang telah meledak ke seluruh pelusuk dunia. Semoga ia menjadi sumber inspirasi untuk membina organisasi dan insan berkualiti.

Akhir sekali, sumbangan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan untuk menjadikan laman blog SEMTASI lebih bermutu dan berprestasi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.


"WORK TOGETHER, HELP EACH OTHER, HAPPY FOREVER"


(TUAN HJ. SUID BIN HJ. HANAPI)
Pengetua Cemerlang,
SMK TAUN GUSI, KOTA BELUD.





 
Copyright © 2014 SEMTASI

1 comment:

  1. Tahniah di atas kejayaan sekolah. Untuk pengetahuan saya mereka guru yang pertama mengajar di sekolah ini semasa sekolah ini menumpang di SK Taun Gusi sehingga berpindah ke bangunan baru. Mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1979 - 1983. Semoga sekolah yang terus menerpa kejayaan.

    ReplyDelete