Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Monday 19 December 2016

PT3 2016

Majlis Penyampaian Keputusan PT3 2016
19 Disember 2016 – Majlis Penyampaian Keputusan PT3 2016, SMK Taun Gusi, Kota Belud. Syabas dan tahniah kepada semua murid cemerlang PT3. Majlis ini disempurnakan oleh Datuk Almudin bin Kaidah, Pengerusi Superpinal Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian PBS Tempasuk.





Saturday 5 November 2016

Suka Suki 2016

Majlis Suka-Suki SEMTASI 2016
05 November 2016: Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu…bertemakan gaya 50-an, Majlis Suka-Suki ini diadakan sebagai program akhir tahun. Selain jamuan dan cabutan bertuah, majlis ini juga diserikan lagi dengan pertandingan lagu-lagu lama serta Anugerah King and Queen Suka-Suki berdasarkan kepada penampilan gaya dan pakaian 50-an. Tahniah kepada cikgu Saidani dan cikgu Julie yang memenangi anugerah ini.






Monday 1 February 2016

MSS Ke-35 Tahun 2016

Majlis Sukan Sekolah Kali Ke-35 Tahun 2016
Temasya Sukan Tahunan SMK Taun Gusi, Kota Belud kali ke-35 telah dilaksanakan pada 20, 21 dan 23 Januari 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Azlan dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud  mewakili Pegawai Pendidikan Daerah. Pada temasya itu, selain acara padang dan balapan ia dimeriahkan lagi dengan pertandingan perbarisan antara rumah sukan dan acara khas 4 x 100M untuk guru-guru rumah sukan yang telah dimenangi oleh guru Rumah Merah sementara pertandingan perbarisan dan kreativiti dimenangi oleh Rumah Kuning.