Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Thursday 29 October 2015

Perdana 2015

Jamuan Perdana 2015
Jamuan akhir tahun agak berbeza sambutannya pada tahun ini. Pada tahun sebelumnya sambutan ini dibuat oleh setiap kelas pada masa yang berbeza tetapi pada tahun ini sambutannya disatukan menjadi Jamuan Perdana iaitu sambutan secara serentak dan di tempat yang sama. Program ini amat berkesan sekali terutama bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama semua warga sekolah. Pelajar pula ada yang memberikan cenderahati kepada guru demi menghargai jasa mereka sebagai pendidik.
            Program ini yang menariknya adalah Jamuan Perdana sesi petang di mana temanya “Back To School” memberi peluang kepada semua guru sesi petang berpakaian seperti murid sekolah…amat ceria dan mengagumkan. Tahniah guru-guru sesi petang yang kreatif. Mudah-mudahan program ini diteruskan di masa akan datang demi untuk keharmonian semua warga SEMTASI….Selamat menjamu selera.








Sunday 25 October 2015

Program Sehati Sejiwa

Program Sehati Sejiwa
Perangi Dadah
24 Oktober 2015 – Program Sehati Sejiwa Perangi Dadah anjuran bersama antara SMK Taun Gusi, Kota Belud dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hj Musbah bin Hj Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah.
Antara pengisian program ini adalah pameran dari Jabatan/Agensi Kerajaan dan NGO, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, aktiviti ‘flying fox’, pertandingan karaoke, pertandingan sukan, pertunjukan ‘Drone’ oleh Kelab Drone Sabah dan persembahan ‘Pentomen’ dari CCRC Papar.