Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Saturday 25 April 2015

Projek UMS

Projek Pusat Sumber dan Media Pelajar UMS
24 April 2015 (Jumaat) – Seramai 27 orang pelajar UMS telah menjalankan satu projek kajian ke atas Pusat Sumber SMK Taun Gusi, Kota Belud sebagai memenuhi kerja kursus Pusat Sumber dan Media. Projek ini berjalan selama 3 hari di mana antara pengisian program ini adalah rakaman video melibatkan pentadbir sekolah dan persekitaran sekolah.

Barisan Pentadbir Sekolah yang terlibat dalam rakaman video 
bergambar bersama pelajar-pelajar UMS




Thursday 23 April 2015

Hari Bumi 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI BUMI 2015

Sambutan Hari Bumi tahun 2015 peringkat sekolah diadakan pada 22 April 2015. Majlis ini dirasmikan oleh, En Hazral Hj. Sekal mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud.
Antara acara-acara yang dijalankan sempena sambutan ini adalah penanaman pokok di kawasan  Bilik SERASI/LESTARI, ceramah Hari Bumi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah yang disampaikan oleh En. Jikula, bengkel dan aktiviti oleh jurulatih PLKN Kota Belud, pembuatan baja kompos, pertandingan melukis dan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta.