Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Thursday 28 May 2015

MAC 2015

Majlis Anugerah Cemerlang 2015
28 Mei 2015 – Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) merupakan agenda tahunan sekolah yang diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar dan warga sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah mahupun pengurusan sumber sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri.
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.




Friday 15 May 2015

Orientasi 2015

Majlis Penutupan Orientasi Pelajar PraUniversiti Sesi 2015/2016
15 Mei 2015 (Jumaat) – Majlis Penutupan Orientasi Pelajar PraUniversiti Sesi 2015/16 telah disempurnakan oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di luar sekolah.
            Sepanjang orientasi, para pelajar telah didedahkan terhadap sistem pendidikan yang terdapat dalam Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Ko Kurikulum di Tingkatan Enam.