Pada tahun 1968, Sekolah Menengah Taun Gusi telah memulakan
persekolahannya dengan meminjam bangunan Sekolah Kebangsaan Taun Gusi. Pada
waktu itu, sekolah ini lebih dikenali sebagai Government Junior Secondary
School. Bilangan penuntut seramai 44 orang dan 2 orang guru. Bahasa Inggeris
dijadikan sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1969, bilangan penuntut telah
bertambah kepada 160 orang dan tenaga pengajarnya telah bertambah seramai 6
orang. Pada tahun 1973, Bahasa Malaysia telah menggantikan Bahasa Inggeris.
Tahun 1975, merupakan tahun yang pertama bagi pelajar-pelajar sekolah ini
menduduki peperiksaan SRP. Pelajar yang belajar di sekolah ini datangnya dari
kampung-kampung yang berhampiran. Bangunan sekolah yang tersergam indah sekarang
siap pembinaannya pada tahun 1983. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 5
hektar di kawasan Kg. Taun Gusi dan berhampiran jalan raya utama ke Kudat.
Sekolah ini mendapat namanya bersempena dengan nama Kg. Taun Gusi. Bangunan ini
mula digunakan pada tahun 1983 dan telah dirasmikan pada 15 April 1985 oleh YAB.
Datuk Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian pada ketika itu. Terdapat 3 blok
bangunan 3 tingkat telah disediakan untuk tempat belajar dan pentadbiran.
Bangunan ini mengandungi 33 bilik bilik darjah, 6 bilik Makmal Sains, blok
Kemahiran Hidup, bilik Pusat Seni, Bilik Teknologi Pendidikan (komputer ), bilik
masakan, bilik kaunseling, pusat sumber, pejabat sekolah termasuk bilik pengetua
dan guru kanan serta bilik-bilik khas. Turut juga dibina 3 blok bangunan 3
tingkat sebagai asrama yang boleh menampung antara 300-350 orang pelajar (lelaki
dan perempuan). Sebuah dewan makan juga disediakan untuk penuntut asrama. Selain
dari itu, 3 blok bangunan 4 tingkat didirikan untuk penginapan guru-guru di
samping sebuah rumah pengetua. Bagi kakitangan bukan mengajar, telah disediakan
satu blok bangunan untuk penginapan mereka. Pada masa sekarang, SMK Taun Gusi
terus berkembang dan telah mencipta sejarah apabila membuka kelas Tingkatan 6
pada tahun 1997. Kemudahan sekolah ini terus diperbanyakkan termasuk kemudahan
bersukan dan berpersatuan serta peralatan sama ada dalam bidang Kurikulum atau
Kokurikulum. Malah satu blok bangunan telah dibina pada tahun 1998 sebagai
menampung pertambahan pelajar yang semakin ramai. Prasarana yang lengkap akan
menjamin pelajar SEMTASI mendapat kemudahan dan keselesaan yang sepenuhnya. SMK
Taun Gusi atau nama jolokannya SEMTASI memang mempunyai keistimewaan dan
keunikannya berbanding sekolah-sekolah lain di daerah ini. Ini disebabkan
SEMTASI mempunyai cawangannya demi menampung jumlah pelajar sekolah menengah
yang kian bertambah. Bulan Disember 1995 merupakan tarikh sejarah permulaan
perwujudan cawangan sekolah ini dan dikenali sebagai SMK Taun Gusi Cawangan
Tambulion. Cawangan ini diwujudkan di kg. Tambulion, 9 km dari Pekan Kota Belud
dan 12 km dari sekolah induknya.Pada awal penubuhannya, hanya seramai tiga orang
guru sahaja yang mengajar di cawangan ini termasuk penyelianya. Dua bulan
selepas itu jumlahnya bertambah menjadi 9 orang manakala jumlah pelajarnya
seramai 150 orang pelajar tingkatan 1 dan mempunyai 5 buah bilik darjah. Pada
tahun 1997, jumlah pelajarnya bertambah menjadi 270 orang dengan 17 orang guru.
Pada tahun 1998 pula jumlah pelajarnya meningkat kepada 349 orang dan 21 orang
guru. Jumlah bilik darjah ialah 11 buah. Oleh kerana cawangan ini belum
mempunyai bangunannya sendiri maka terpaksalah menumpang di bangunan SK
Tambulion dan mengamalkan sistem persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi bagi
tingkatan 3 dan sesi petang bagi tingkatan 1 dan 2. Pada tahun 1999, cawangan
ini akhirnya telah dipisahkan dari induknya dan mempunyai pengetuanya
sendiri.
Kini sekolah ini telah mencapai usia 30 tahun dan telah ditadbir oleh empat belas orang pengetua seperti di bawah:
Kini sekolah ini telah mencapai usia 30 tahun dan telah ditadbir oleh empat belas orang pengetua seperti di bawah:
Copyright © 2014
SEMTASI
Datuk Anwar Ibrahim adalah Menteri Pertanian pada April 1985, bukannya Menteri Pendidikan. sila perbetulkan Sejarah. TQ.
ReplyDeleteMaklumat telah diperbetulkan...terima kasih Tuan Eddy
Delete