Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Tuesday 22 April 2014

Minggu Kesihatan

Minggu Kesihatan 2014
Satu lagi program yang sedang dijalankan di SEMTASI ialah Minggu Kesihatan 2014 yang dianjurkan oleh gabungan Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan Unit Kesihatan Murid SMK. Taun Gusi. Menurut Pn.Junainah Subin selaku Guru Penasihat dan pengelola program ini, beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang minggu ini iaitu dari 21 hingga 25 April, 2014 sesuai dengan tema ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’. Program ini telah dilancarkan oleh En.Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran pada 21 April 2014. Antara aktiviti program ini adalah Kempen Menderma Darah oleh guru-guru dan pelajar Pra Universiti SEMTASI, ceramah kesihatan serta kuiz kesihatan.
 
Upacara Majlis Pelancaran Minggu Kesihatan 2014 disempurnakan
oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran.

Tema 'BADAN SIHAT, MINDA CERDAS'

Kempen Derma Darah dikendalikan oleh petugas Hospital Daerah Kota Belud


 

Thursday 17 April 2014

Bengkel PraU

Bengkel Kerja Pengurusan PraUniversiti
Tarikh        : 17 April 2014 (Khamis)
Masa          : 8.30am - 5.00pm
Tempat      :  Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu
Anjuran     : Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah
 
Bengkel ini bertujuan untuk mempastikan semua guru yang mengajar Tingkatan Enam sama ada yang sudah dilantik atau belum sebagai Guru Akademik Tingkatan Enam telah dilabel (tagging) dalam sistem e-operasi untuk rekod perjawatan. Semua Penolong Kanan Tingkatan Enam telah dijemput hadir untuk menyemak dan mengemaskini data.
 


.

Tuesday 15 April 2014

MSSS 2014

 
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah ke-46

Tempat                : Kompleks Sukan Kota Belud
Tarikh                  :  9 hingga 12 April 2014

Keputusan Rasmi

PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN

Pasukan
Jumlah Pungutan Pingat
KEDUDUKAN
E
P
G
Ke-4
MSSB PEDALAMAN
34
32
18
16
1
MSSB BARAT
26
25
25
13
2
MSSB TENGGARA
10
21
16
15
3
MSSB SANDAKAN
6
6
10
5
4
MSSB UTARA
5
8
10
22
5
MSSB SELATAN
5
4
8
15
6
12-Apr-2014, 5:33:23 PM

Pencapaian Pelajar SMK Taun Gusi, Kota Belud:

1.       Mohd Shafiee Mukamad – Pingat Perak dalam acara 110M Lari Berpagar dengan masa 14.7s

2.       Muhammad Fiqry Masdi – Pingat Gangsa dalam acara 100M dengan masa 11.2s


v   Kedua-dua pelajar ini mewakili Sabah ke MSSM di Kedah pada 2 hingga 7 Mei 2015.

v   Warga SEMTASI mengucapkan syabas dan tahniah…
 

Gambar bersama Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Sabah dan
En. Bakrin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah, Kota Belud semasa MSSS 2014.
 
Mantan Pengetua SEMTASI, En. Muhamad Yew Abdullah (2002 - Ogos 2008) 
dan En. Umin Sadi (Sept 2008 - 2011).

AJK Makanan dari SEMTASI, Pn. Siti Khiriah, Pn. Dg Mastura dan Pn. Junainah.
 

Wednesday 9 April 2014

MSSS

Majlis Sukan Sekolah Sabah
SEMTASI diberikan amanah untuk memikul tugas sebagai AJK Makanan & Minuman sempena Kejohanan Balapan & Padang MSS Sabah kali ke 46... 9-12 April 2014.

Dilapor oleh Mohd Din Madrin

AJK Makanan dan Minuman diketuai oleh En. Peter Semudin,
Penolong Kanan Kokum SMK Taun Gusi, Kota Belud.


Saturday 5 April 2014

Pembangunan Staf

Program Pembangunan Staf
Tarikh          : 5 April 2014 (Sabtu)
Masa           : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat        : Dewan Makan Asrama SMK Taun Gusi
 
Tajuk-tajuk Kertas Pembentangan:
1. Pembudayaan PKS-SKPM oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran
2. Pembudayaan Headcount dan Pembinaan Analisis Item oleh En.Yusof Rakunman,
    Ketua Bidang Vok & Tek.
3. Pemerkasaan Panitia oleh Pn. Norhana Idek, Ketua Bidang Bahasa
4. Pembangunan Sukan Berterusan oleh En. Peter Semudin
5. Kemenjadian Modal Insan Cemerlang oleh Pn. Mastura Hj. Nanti,
    Penolong Kanan HEM
**Rumusan keseluruhan tajuk pembentangan olen Tuan Hj Suid Hj Hanapi,
    Pengetua Cemerlang.
 

Tuan Pengetua bergambar bersama barisan Penolong Kanan

Tuan Pengetua Cemerlang membentangkan tajuk "SUCCESS"


 
 

Thursday 3 April 2014

Pend Luar PraU


Program Pendidikan Luar Pra-U

Pengerusi                          : EN. TOMMY GOLOK
Pengarah Projek               : PN. JAMILAH NIAT
Tim. Pengarah Projek      : EN. ZAINAL ABIDIN AHMAD
Bilangan Peserta              : 35 orang pelajar Pra-U
Pensyarah Pengiring       :  1. Pn. Jamilah Niat
                                               2. En. Zainal Abidin Ahmad
                                               3. Pn. Dg. Mastura Pg. Baharudin
                                               4. En. Yap Peng Choon
                                               5. En. Jaymon Kassim
 
Tarikh                                 : 08 – 10 FEBRUARI 2014
Tempat                               : KEM BINA NEGARA KUNDASANG

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman baru belajar di luar bilik darjah.
  2. Membantu meningkatkan motivasi para pelajar untuk terus mencapai kejayaan cemerlang.
  3. Mewujudkan interaksi dan mengeratkan silaturahim antara pelajar dan pensyarah.
  4. Membina perwatakan pelajar yang mempunyai sahsiah yang bersepadu, beretika, berdisiplin, berpotensi dan berketrampilan.
  5. Meningkatkan bakat kepimpinan dan keyakinan dalam diri pelajar.
  6. Memupuk semangat bekerjasama, tolong menolong dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
  7. Menunjukkkan kepekaan dan keprihatinan pelajar terhadap keindahan dan kekayaan alam semulajadi.

Pensyarah pengiring

Pelajar Pra-U2 Sesi Akademik 2013/14

Tuesday 1 April 2014

MSSD

MSSD KOTA BELUD
 
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2014
( 19-21 Februari 2014 )
1.       Pencapaian keseluruhan:

(a)    Pungutan pingat 

Pingat Emas
Pingat Perak
Pingat Gangsa
8
2
3
 
(b)   Keputusan keseluruhan, SMK Taun Gusi merangkul tempat Ketiga daripada sembilan buah sekolah menengah.