Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Monday 24 July 2017

Raya Perdana 2017

Sambutan Hari Raya Perdana SEMTASI 2017

24hb Julai 2017 (Isnin):
Warna-warni sambutan Hari Raya Perdana 2017. Melibatkan semua warga SEMTASI termasuk semua guru, pelajar dan AKP.









Wednesday 19 July 2017

Hari Guru 2017

Majlis Perayaan & Makan Malam
Hari Guru 2017, Kota Belud

19 Julai 2017: Majlis Perayaan dan Makan Malam Hari Guru dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.






Friday 12 May 2017

Orientasi 2017

MAJLIS PENUTUPAN ORIENTASI PELAJAR 6 RENDAH 2017

Seramai 74 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah telah mendaftar sebagai pelajar baru SEMTASI pada 2hb Mei, 2017. Mereka telah menjalani Program Orientasi yang berjalan selama 2 minggu bermula dari hari pertama pendaftaran, 2hb Mei sehingga 12hb Mei, 2017. Majlis Penutupan Orientasi ini disempurnakan oleh, En. Johari Hajat selaku Penolong Kanan Pentadbiran.















Rubrik Geo STPM 2017

TAKLIMAT RUBRIK KERJA KURSUS GEOGRAFI STPM P3 TAHUN 2017


Taklimat ini berlangsung dari 11 hingga 12 Mei 2017 di SMK Taun Gusi, Kota Belud yang melibatkan 19 orang guru dari Daerah Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat. Taklimat disampaikan oleh JU Geografi STPM, Dr Ovelen @ Ozy Matanluk. Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Ashri dan En. Gaur dari UPP, PPD Kota Belud kerana memilih sekolah ini sebagai pusat taklimat Kerja Kursus mata pelajaran Geografi dan Bahasa Melayu, kawasan  Zon Utara Peringkat Negeri Sabah.










Friday 10 February 2017

Program Elit

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ELIT PT3 DAN SPM TAHUN 2017
9hb Februari 2017 – Program Elit merupakan satu program khas untuk pelajar terpilih dari Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 pada tahun lalu. Program ini melibatkan 56 orang murid PT3 dan 159 orang murid SPM di bawah seliaan cikgu Norhana Idek dan cikgu Maria Rejin.
            Program ini telah dilancarkan oleh Dr. Kibin Haji Samad, Setiausaha Politik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (EPU).