Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Thursday, 28 May 2015

MAC 2015

Majlis Anugerah Cemerlang 2015
28 Mei 2015 – Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) merupakan agenda tahunan sekolah yang diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar dan warga sekolah yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah mahupun pengurusan sumber sekaligus mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri.
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.




Friday, 15 May 2015

Orientasi 2015

Majlis Penutupan Orientasi Pelajar PraUniversiti Sesi 2015/2016
15 Mei 2015 (Jumaat) – Majlis Penutupan Orientasi Pelajar PraUniversiti Sesi 2015/16 telah disempurnakan oleh En. Johari Hajat, Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di luar sekolah.
            Sepanjang orientasi, para pelajar telah didedahkan terhadap sistem pendidikan yang terdapat dalam Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Ko Kurikulum di Tingkatan Enam. 





Saturday, 25 April 2015

Projek UMS

Projek Pusat Sumber dan Media Pelajar UMS
24 April 2015 (Jumaat) – Seramai 27 orang pelajar UMS telah menjalankan satu projek kajian ke atas Pusat Sumber SMK Taun Gusi, Kota Belud sebagai memenuhi kerja kursus Pusat Sumber dan Media. Projek ini berjalan selama 3 hari di mana antara pengisian program ini adalah rakaman video melibatkan pentadbir sekolah dan persekitaran sekolah.

Barisan Pentadbir Sekolah yang terlibat dalam rakaman video 
bergambar bersama pelajar-pelajar UMS




Thursday, 23 April 2015

Hari Bumi 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI BUMI 2015

Sambutan Hari Bumi tahun 2015 peringkat sekolah diadakan pada 22 April 2015. Majlis ini dirasmikan oleh, En Hazral Hj. Sekal mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud.
Antara acara-acara yang dijalankan sempena sambutan ini adalah penanaman pokok di kawasan  Bilik SERASI/LESTARI, ceramah Hari Bumi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah yang disampaikan oleh En. Jikula, bengkel dan aktiviti oleh jurulatih PLKN Kota Belud, pembuatan baja kompos, pertandingan melukis dan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta.




Friday, 31 October 2014

Mohon Restu

Majlis Mohon Restu dan Jamuan Akhir Tahun
Prauniversiti SEMTASI






Mini Billboard

SEMTASI MINI Billboard

Maju setapak lagi, Petronas All About Youth Team SEMTASI....Biar gambar berbicara..........
Program ini di bawah kelolaan Bidang Sains dan Matematik dengan kerjasama PETRONAS.
Syabas dan tahniah Cikgu Maria, Ketua Bidang Sains dan Matematik serta ahli-ahlinya.





Sunday, 10 August 2014

PPPM

Agenda Komunikasi PPPM & DTP
Program ini diadakan pada 9 Ogos 2014 bertempat di Dewan Makan Asrama SEMTASI. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Program Transformasi Daerah Kota Belud kepada semua guru dan Kumpulan Sokongan. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Suid Hj. Hanapi dan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Johari Hajat. Program ini turut dihadiri oleh En.Baharom sebagai pemantau dari Pejabat Pendidikan Daerah, Kota Belud.