Friday, 31 October 2014
Mini Billboard
SEMTASI MINI Billboard
Maju setapak lagi, Petronas All About Youth Team SEMTASI....Biar gambar berbicara..........
Program ini di bawah kelolaan Bidang Sains dan Matematik dengan kerjasama PETRONAS.
Syabas dan tahniah Cikgu Maria, Ketua Bidang Sains dan Matematik serta ahli-ahlinya.
Sunday, 10 August 2014
PPPM
Agenda Komunikasi PPPM & DTP
Program ini
diadakan pada 9 Ogos 2014 bertempat di Dewan Makan Asrama SEMTASI. Ia bertujuan
untuk memberi kefahaman tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan
Program Transformasi Daerah Kota Belud kepada semua guru dan Kumpulan Sokongan.
Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Suid Hj. Hanapi dan Penolong
Kanan Pentadbiran, En. Johari Hajat. Program ini turut dihadiri oleh En.Baharom
sebagai pemantau dari Pejabat Pendidikan Daerah, Kota Belud.
Friday, 27 June 2014
Hari Guru KB
Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud
Majlis
Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud telah diadakan pada 26 Julai 2014,
bertempat di SMKA Tun Said, Kota Belud. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB
Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Mohd Salleh Tun Said dan turut dihadiri oleh Datuk Jame
Alip, Pengarah pendidikan Negeri Sabah sebagai tetamu jemputan. Penerima Tokoh
Guru Peringkat Daerah ialah En. Abu Mos bin Abu, sementara penerima Anugerah
Kepimpinan ialah En. Jati Gunak dan penerima Anugerah Khas dianugerahkan kepada En.Samuel
Tuesday, 27 May 2014
Konvo
Majlis Konvokesyen PraUniversiti
Pengurusan
PraUniversiti SMK Taun Gusi, Kota Belud sekali lagi mengadakan Majlis
Konvokesyen Kali Ke-2 Kohort 1 STPM 2013 pada 27 Mei 2014 bertempat di Hotel
Tabung Haji (TAHA), Kota Kinabalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk
Seri Panglima Dr. Haji Mohd. Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri
Sabah. Pada tahun 2013, program ini diadakan di Hotel Sutera Habour untuk
pelajar-pelajar STPM 2012 yang merupakan kohort terakhir Sistem Terminal.
Monday, 26 May 2014
Hari Guru
SAMBUTAN HARI GURU 2014
Hari Guru
peringkat sekolah telah dijalankan pada 26 Mei 2014. Sambutan ini dikelolakan
oleh Kelab Guru bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan temanya “GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, gubahan bunga, persembahan
pelajar, nyanyian Guru Malaysia oleh semua guru SEMTASI, jamuan makan untuk
guru dan pelajar dan persembahan karaoke.
Thursday, 22 May 2014
Blog SEMTASI
Blog SEMTASI
Majlis Pelancaran BLOG SEMTASI
Disempurnakan Oleh:
Yang Berbahagia DATUK JAME ALIP
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Mantan Pengetua SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Yang Berbahagia DATUK JAME ALIP
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Mantan Pengetua SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Sempena
Majlis Anugerah Cemerlang SEMTASI
22 Mei 2014
Warga SEMTASI merakamkan
setinggi-tinggi
Penghargaan ke atas pelancaran
BLOG SEMTASI
Terima Kasih Datuk Pengarah
Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah berkenan merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah berkenan merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Datuk Pengarah bersama En. Tommy Golok, Admin Blog SEMTASI semasa
pelancaran Laman Rasmi Blog Sekolah.
Datuk Pengarah sedang memerhati gimik yang dibuat oleh En.Tentera Gulang
Gimik bersama En. Dollah Markam dan En. Jarman, bekas KTBM SEMTASI.
Potret Datuk Pengarah hasil nukilan En. Baron Kampiau
Datuk Pengarah dibawa ke Dewan Asrama SEMTASI menggunakan 'USUNAN'
Subscribe to:
Posts (Atom)
























