Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Wednesday, 12 March 2014

Pemusatan T6

PEMUSATAN TINGKATAN ENAM
Kuala Lumpur: Penubuhan dua Pusat Tingkatan Enam pertama di negara ini iaitu masing-masing di Kota Kinabalu, Sabah dan di Petaling Jaya, Selangor memberi peluang kepada pelajar Tingkatan Enam merasai pengalaman belajar seperti di kolej atau pusat matrikulasi. ...

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya 2, Kota Kinabalu, Sabah sebagai Pusat Tingkatan Enam mula beroperasi pada 5 Februari lalu, manakala SMK Petaling Jaya, Selangor pula memulakan sesi persekolahan pada 17 Februari lalu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad, berkata berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada November tahun lalu, kementerian meluluskan dua fokus utama iaitu berkaitan pengoperasian premis dan pakaian.

Beliau berkata, premis merujuk kepada penggunaan bangunan sekolah baharu sebagai Pusat Tingkatan Enam yang dikategorikan sebagai Mod 1, manakala 14 sekolah lagi dikategorikan dalam Mod 2 yang juga akan bermula tahun ini.

Mod 1 merujuk kepada sekolah yang hanya menempatkan pelajar dan guru Tingkatan Enam saja, manakala Mod 2 pula ialah pelajar Tingkatan Enam ditempatkan di blok berasingan tetapi di dalam sekolah aliran perdana, sementara Mod 3 pula pelajar bercampur dan berkongsi bangunan dengan pelajar sekolah harian biasa.

Mazlan berkata, tiga lagi Pusat Tingkatan Enam Mod 1 dijangka dibuka pada Mac hingga April ini iaitu SMK Sri Bandar Pontian, Johor; SMK Desa Mahkota, Kuala Lumpur dan SMK Taman Mahsuri, Kulim, Kedah.
Katanya, satu sekolah Pusat Tingkatan Enam Mod 2 sudah beroperasi pada 2 Januari lalu iaitu di SMK Tunku Muhamad Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala 13 sekolah lagi dijangka dibuka di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor.

Selain premis dan pakaian, kementerian juga akan memberi perincian kepada tiga lagi fokus utama iaitu pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum.

Bincang subjek bersesuaian

Semua aspek ini masih memerlukan perbincangan terperinci dengan banyak pihak termasuk universiti, bagi membincangkan mengenai mata pelajaran yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak universiti sekali gus memastikan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), katanya ketika dihubungi BH semalam.

Beliau berkata, melalui penubuhan Pusat Tingkatan Enam itu, diharapkan sekolah dapat menawarkan lebih banyak pilihan mata pelajaran kepada pelajar sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan utama pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT.

Sumber: BH 7/3/14

Sunday, 9 March 2014

EQ vs IQ


EQ vs IQ
 
IQ dapat diukur melalui ujian kecerdasan yang dipiawaikan seperti Wechsler Intelligence Scales. Salovey dan Mayer mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu subset kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan seseorang memantau emosi dan perasaannya sendiri dan orang lain, dapat mendiskriminasikannya dan menggunakan maklumat ini untuk membimbing cara pemikiran dan tindakan seseorang itu.

Walaupun EQ mungkin tidak dapat diukur tetapi ia masih merupakan konsep yang amat bermakna. Pandangan sempit mengenai kecerdasan menyatakan bahawa IQ dipengaruhi oleh baka (genetik) dan sukar diubah melalui pengalaman seseorang. Dengan itu masa depan seseorang ditakdirkan oleh kecenderungan semula jadi ini. Alasan ini mengabaikan persoalan yang lebih mencabar: Apa yang boleh kita ubah yang dapat membantu anak-anak kita untuk lebih berjaya pada masa depan?

Temperemen bukanlah sesuatu yang ditakdirkan. Ini memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru membantu menentukan kejayaan kanak-kanak. Apa yang dipelajari mengenai emosi semasa di rumah dan di sekolah membentuk asas kecerdasan emosi ini.

Kemahiran EQ bukan berlawanan dengan IQ atau kemahiran kognitif tetapi berinteraksi secara dinamik dalam dunia sebenar.

Bagaimana?

Ini dapat dicapai melalui gaya kepimpinan ibu bapa yang sesuai. Terdapat tiga gaya kepimpinan ibu bapa iaitu:

·         Authoritarian - ibu bapa mengenakan undang-undang yang ketat yang patut dipatuhi. Anak-anak tidak digalakkan memberikan pendapat. Ini boleh melahirkan anak-anak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah.
·         Permissive - cara kepimpinan ini agak bebas dan pasif dalam mengenakan had-had atau dalam menghadapi keingkaran. Ibu bapa tidak mempunyai permintaan yang tinggi atau matlamat yang jelas untuk anak-anak mereka.
·         Authoritative - dapat mengimbangkan kedua-dua gaya tersebut. Ibu bapa yang menggunakan gaya kepimpinan ini dapat memberi bimbingan tetapi tidak terlalu mengawal mereka, memberikan input agar anak-anak dapat membuat keputusan sendiri. Gaya ini kemungkinan besar dapat melahirkan anak-anak yang lebih yakin, imaginatif, cepat menyesuaikan diri, disukai ramai, yakni mempunyai kemahiran EQ yang tinggi.

By Blogger: Mr.Tommy
 
Copyright © 2014 SEMTASI


Tuesday, 4 March 2014

Program Guru Penyayang

 
 
Pengetua bersama semua Penolong Kanan menanti kehadiran para pelajar
SMK.Taun Gusi, Kota Belud.
Tidak kelihatan dalam gambar, Datu Masjidin sebagai juru gambar.
 

Bersalaman dengan pelajar.
 

Sudah menjadi rutin, tanpa kehadiran pengetua kerana tugas rasmi di luar,
program ini tetap berjalan seperti biasa.
 

Tahniah kepada para pelajar kerana hadir ke sekolah...siapalah kami tanpa anda.


Monday, 3 March 2014

BB1M

MAJLIS PENYERAHAN BB1M PELAJAR PRA-U
 
Penolong Kanan Pra-U sedang menyampaikan
Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 kepada pelajar Pra-U.


Guru Kelas bersama pelajar.
 

Kelihatan pelajar Pra-U ceria dengan BB1M yang baru diterima.
 

Gambar kenangan semasa Majlis Penyerahan BB1M



SEMTASI sekolahku

 "SEKOLAHKU KEBANGGAANKU NOMBOR SATU"
 
 
 

Sekapur Sirih

Sekapur Sirih
 
Selamat datang ke Laman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud , Sabah. Kemudahan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) telah membuka satu lembaran baru di mana sesebuah organisasi dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada orang awam dengan mudah dan cepat. Pembinaan Laman Blog SEMTASI ini diusahakan bertujuan memperkenalkan sekolah ini kepada masyarakat tempatan khususnya dan negara-negara luar amnya.

Laman Blog SEMTASI ini dibangunkan oleh Unit ICT dan dibantu oleh beberapa orang guru yang mahir dalam bidang ICT. Selamat melayari laman rasmi ini dan kepada anda kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di laman rasmi kami.


Sekian, terima kasih.

Blogger: Cikgu Tommy dan Cikgu Asnitah
 
 
Copyright © 2014 SEMTASI