EQ vs IQ
IQ dapat diukur melalui ujian kecerdasan yang
dipiawaikan seperti Wechsler Intelligence Scales. Salovey dan Mayer
mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu subset kecerdasan sosial yang
melibatkan kebolehan seseorang memantau emosi dan perasaannya sendiri dan orang
lain, dapat mendiskriminasikannya dan menggunakan maklumat ini untuk membimbing
cara pemikiran dan tindakan seseorang itu.
Walaupun EQ mungkin tidak dapat diukur tetapi
ia masih merupakan konsep yang amat bermakna. Pandangan sempit mengenai
kecerdasan menyatakan bahawa IQ dipengaruhi oleh baka (genetik) dan sukar
diubah melalui pengalaman seseorang. Dengan itu masa depan seseorang
ditakdirkan oleh kecenderungan semula jadi ini. Alasan ini mengabaikan
persoalan yang lebih mencabar: Apa yang boleh kita ubah yang dapat membantu
anak-anak kita untuk lebih berjaya pada masa depan?
Temperemen bukanlah sesuatu yang ditakdirkan.
Ini memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru membantu menentukan kejayaan
kanak-kanak. Apa yang dipelajari mengenai emosi semasa di rumah dan di sekolah
membentuk asas kecerdasan emosi ini.
Kemahiran EQ bukan berlawanan dengan IQ atau
kemahiran kognitif tetapi berinteraksi secara dinamik dalam dunia sebenar.
Bagaimana?
Ini dapat dicapai melalui gaya kepimpinan ibu
bapa yang sesuai. Terdapat tiga gaya kepimpinan ibu bapa iaitu:
·
Authoritarian - ibu bapa mengenakan undang-undang yang ketat yang patut dipatuhi.
Anak-anak tidak digalakkan memberikan pendapat. Ini boleh melahirkan
anak-anak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah.
|
|
·
Permissive - cara kepimpinan ini agak bebas dan pasif dalam mengenakan had-had
atau dalam menghadapi keingkaran. Ibu bapa tidak mempunyai permintaan yang
tinggi atau matlamat yang jelas untuk anak-anak mereka.
|
|
·
Authoritative - dapat mengimbangkan kedua-dua gaya tersebut. Ibu bapa yang
menggunakan gaya kepimpinan ini dapat memberi bimbingan tetapi tidak terlalu
mengawal mereka, memberikan input agar anak-anak dapat membuat keputusan
sendiri. Gaya ini kemungkinan besar dapat melahirkan anak-anak yang lebih
yakin, imaginatif, cepat menyesuaikan diri, disukai ramai, yakni mempunyai
kemahiran EQ yang tinggi.
By Blogger: Mr.Tommy
Copyright © 2014 SEMTASI
|
Tahniah....Terbaik
ReplyDeleteTqvm
Delete