Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Monday, 31 March 2014

Puisi dan Lagu

Pertandingan Puisi dan Lagu
SEMTASI yg mewakili Daerah Kota Belud ke Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat Negeri Sabah bertempat di SK. Pekan Pitas II, pada 27 – 29 Mac, 2014 telah mendapat tempat ketiga keseluruhan. Sebanyak 18 daripada 24 daerah dalam Sabah menyertai pertandingan ini. Puisi hasil nukilan adik May Eva Zainal Abidin pula dinobat sebagai "Puisi Terbaik"... Tahniah SEMTASI. Juara keseluruhan adalah dari Daerah Tenom (deklamator terbaik dan lagu terbaik) dan tempat kedua adalah dari Daerah Papar.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip semasa upacara penutupan majlis.

Datuk Jame Alip menyampaikan hadiah tempat ketiga kepada pemenang,
SMK.Taun Gusi, Kota Belud.
 

Sunday, 30 March 2014

Kem Kepimpinan

KEM KEPIMPINAN PELAJAR
 
Seramai 200 orang pelajar SEMTASI terdiri daripada MPP, Pengawas Sekolah dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas telah menyertai Kem Kepimpinan ini. Kem ini berjalan selama 3 hari, iaitu dari 24 Mac 2014 hingga 26 Mac 2014. Dianjurkan oleh Unit Disiplin Sekolah dengan objektif untuk membina sikap kepimpinan dalam kalangan pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sahsiah pelajar-pelajar SEMTASI.
 
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj. Suid Hj. Hanapi







Saturday, 29 March 2014

SPM 2013

KEPUTUSAN SPM 2013
Pelajar SPM 2013, Mohd Haffisham bin Abdul Sambah yang mendapat keputusan 9A 1B meletakkan pelajar ini yang terbaik di daerah Kota Belud. Syabas dan tahniah daripada warga pendidik SEMTASI.
 
PELAJAR TERBAIK SPM 2013
1
M. Haffisham Abd Sambah
9A
9A,1B
2
Badariah Zabli
7A
7A,2B
3
Mohd. Aznzr Mohd. Atar
7A
7A,1B,1C
4
Laila Sari M. Rusli
7A
7A,2C,1D
5
Muhd. Aminddin Asmad
6A
6A,4B
6
Nadiah Madda Sul
6A,2B,1C
7
Suzaire Fazrul Majlah
6A,2B,IC
8
Jamrah Sibin
6A,2B,1D
9
Rafinih Rain
5A
5A,4B,1C
10
Annyfoh Simpong
5A,1B,1C,1D
11
Amelda Jakaria
4A
 
4A,4B,1C
12
M. Iskandar Matsali
4A,5B
13
Nurshahira Masdi
4A,5B
14
Affidah Jefree
4A,4B,2C
15
Norlin Miau
4A,1B,4D
16
Rinah Sidum
4A,2B,2C,1D
17
Darruanah Bungkilau
4A,2B,1C,3D
18
A.Zuazali Awg
3A
3A, 4B,2C,1D
19
Maznah Mamud
3A,4B,1C,1D
20
M. Syafiq Zulkefri
3A,5B,1C
21
Nurul Aida
3A,4B,2D
22
Monica Jatimin
3A,4B,3C
23
Siti Saffina Santik
3A,1B,2C,3D
24
Shelly Jaudi
3A,1B,1C,2D,1E
25
Siti Najiah Jaman
3A,2B,1C,3D
26
Rabiatul Adawiyah A. MAdi
3A,2B,1C,1D
38 calon
2A
 
60 calon
1A
 
Laporan oleh En.Shamsuddin Sirin, S/U Peperiksaan SPM



Monday, 24 March 2014

EQ Bilik Darjah


EQ Dalam Bilik Darjah

EQ guru adalah angkubah yang paling penting dalam pembentukan bilik darjah yang berEQ tinggi. Antara komponen EQ guru yang paling dominan ialah cara guru mengurus emosinya, khasnya emosi negatif. Guru yang berjaya dan efektif adalah orang yang mampu menangani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik, benar dan sihat.

I. Pengurusan Emosi Guru

A. Mengenal Pasti Perasaan Diri

- Tanya diri sendiri : Bagaimana perasaan saya?
- Jawab dengan menggunakan tiga perkataan "Saya berasa ..."
- Labelkan perasaan diri, dan bukan pelajar atau situasi

B. Bertanggungjawab Atas Perasaan Sendiri

- Jangan menyalahkan pelajar atas perasaan diri
- Bertanggungjawab atas perasaan sendiri bermakna tidak berfikir seperti:
* Kamu membuat saya marah
* Pelajar-pelajar membuat saya gila
- Terdapat ruang di antara rangsang dan tindak balas; dalam ruang tersebut anda berkuasa untuk menentukan tindak balas sendiri. Jangan memberikan kuasa itu kepada orang lain.
*** Anda menghadapi masalah BESAR jika pelajar-pelajar menguasai emosi anda.

C. Gunakan Kesedaran Emosi Sendiri Untuk Mempelajari Diri Anda

Perasaan negatif anda menunjukkan keperluan emosi yang belum dipenuhi. Contohnya:

Jika anda berasa
Anda perlu berasa
Tidak dihormati
Penghormatan
Tidak dipatuhi
Kepatuhan
Tidak kebolehkawalan
Kebolehkawalan

Anda bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan pelajar dan bukan sebaliknya. Sama ada anda memperoleh keperluan di tempat lain atau anda dikehendaki melepaskan sebahagian daripada keperluan-keperluan anda.

D. Sentiasa Berusaha Memperluaskan Kawasan Penerimaan Anda

Jika anda rasa
Pelajar anda rasa
Akibat keseluruhannya
diterima
diterima
Harga diri yang lebih tinggi dan sihat
bertolerensi
dipuji
bersabar
selamat
bertimbangrasa
relaks
mudah diramal
baik

Peringatan: Emosi boleh berjangkit!

II. Membantu Pelajar Mengalami Emosi Positif

A. Membantu pelajar melabel perasaannya

- Guru mengajar pelajar kata-kata perasaan
- Nyatakan perasaan guru sendiri
- Berbual-bual tentang perasaan

B. Berikan pelajar-pelajar pilihan yang sebenar

- Guru menghormati keputusan pelajar
- Jangan memberi arahan yang bertopeng permintaan
- Minta pertolongan pelajar untuk memenuhi keperluan sendiri; jangan menuntut

C. Hormati Perasaan Pelajar

- Tanya pelajar tentang perasaannya
- Tanya pelajar tentang perasaanya sebelum mengambil sesuatu tindakan
- Libatkan pelajar

D. Validasi

- Terima perasaan pelajar
- Tunjukkan pemahaman, empati, keprihatinan dan timbang rasa
- Apabila masalah timbul, selalu validasikan perasaan sebelum bertindak.

E. Memberi Kuasa Kepada Pelajar

- Tanya perasaan pelajar dan "Apakah yang boleh membantu anda rasa lebih baik?"
- Ajar pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan empati, belas kasihan dan saling menghormati perasaan orang lain.

F. Elakkan Daripada Melabel dan Menghakimi
- Elakkan "sepatut"
- Elakkan label subjektif (good/bad; nice/rude, etc.)

 
By Blogger: Mr.Tommy
Copyright © 2014 SEMTASI

 

Friday, 21 March 2014

STPM 2013

KEPUTUSAN STPM 2013
Tahniah kepada pelajar-pelajar Pra-U2 tahun 2013 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2013. Senarai pelajar yang mendapat PNGK 3.0 dan ke atas:

1. Khairunisa Binti Jaim, PNGK: 3.67
2. Nurasyidah Binti Masrun, PNGK: 3.42
3. Anastasia Kewa Hurint Binti Lukas, PNGK: 3.25
4. Siti Rosnatah Binti Mohd. Atar, PNGK: 3.25
5. Levika Binti Yompok, PNGK: 3.00

Keputusan keseluruhan:
Peratus lulus: 100%
Peratus lulus penuh ( C dan ke atas): 93.10%
PNGK sekolah (GPS): 2.14


Pelajar Terbaik STPM 2013, Khairunisa Binti Jaim
bakal menerima RM1000.00 daripada Tuan Pengetua sekolah.
 

Pelajar cemerlang STPM 2013, dari kiri Levika Yompok, Nurasyidah Masrun
dan Siti Rosnatah Mohd. Atar.


Program Permuafakatan


PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA

Pada 15 Mac 2014 bersamaan dengan hari Sabtu, Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama PIBG  telah menganjurkan Program Pemuafakatan Ibu Bapa yang bertempat di Dewan Asrama SMK Taun Gusi. Seramai 141 orang ibu bapa yang mempunyai anak yang menuntut di Tingkatan 3 dan 5 turut telah hadir untuk mengikuti program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya kecemerlangan pendidikan terhadap anak–anak mereka. Selain itu, ia juga memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru bagi  mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak jagaan mereka. Dengan tema “Sayangilah Anakmu, Hadirlah Kamu” secara tidak langsung menggalakkan ibu bapa agar memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.

Program bermula seawal 7.30 pagi di mana ibu bapa berjumpa dengan guru kelas masing–masing bagi membincangkan keputusan peperiksaan anak mereka di samping memberi gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi dan kelakuan anak mereka di sekolah. Lebih kurang pukul 8.30 pagi semua ibu bapa masuk ke dalam dewan bagi mendengar ceramah.

            Encik Suszma Khairitszi Bin Mahat yang merupakan Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Kota Kinabalu telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memberikan ceramah dan sekaligus memberi motivasi kepada ibu bapa. Dalam ceramahnya yang bertajuk “Permuafakatan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak’, Encik Suszma menekankan bahawa cara didikan anak zaman kini lebih mencabar dan berbeza dengan zaman dahulu. Ibu bapa perlu bijak menangani masalah anak-anak dengan cara yang lebih bersifat psikologi dan lembut bukannya kekerasan. Dalam sesi ceramah ini, ada juga beberapa ibu bapa yang tampil bertanya soalan dan meminta pendapat bagaimana menangani anak-anak dalam situasi yang tertentu.

            Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Diharap program–program sebegini rupa akan lebih banyak dianjurkan pada masa akan datang dan lebih ramai ibu bapa yang turut serta.
Disediakan oleh:                                                                               
Suriantika Zainuddin                                                                    
Setiausaha & Dokumentasi Program                                            

Suasana pendaftaran ibu bapa di Balai Seri Impian

Taklimat ringkas oleh Pn.Masturah Hj. Nanti, Penolong Kanan HEM
 
Ucapan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj. Suid bin Hj. Hanapi
 

Ceramah Program Permuafakatan oleh En. Suszma Khairitszi Bin Mahat
 

 Kelihatan Mr. Ibrahim warga USA, juga turut hadir semasa program ini.


Ibu bapa yang menghadiri ceramah Program Permuafakatan 2014