Welcome

***SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK.TAUN GUSI, KOTA BELUD, SABAH***

Friday, 21 March 2014

Program Permuafakatan


PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA

Pada 15 Mac 2014 bersamaan dengan hari Sabtu, Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama PIBG  telah menganjurkan Program Pemuafakatan Ibu Bapa yang bertempat di Dewan Asrama SMK Taun Gusi. Seramai 141 orang ibu bapa yang mempunyai anak yang menuntut di Tingkatan 3 dan 5 turut telah hadir untuk mengikuti program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya kecemerlangan pendidikan terhadap anak–anak mereka. Selain itu, ia juga memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru bagi  mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak jagaan mereka. Dengan tema “Sayangilah Anakmu, Hadirlah Kamu” secara tidak langsung menggalakkan ibu bapa agar memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.

Program bermula seawal 7.30 pagi di mana ibu bapa berjumpa dengan guru kelas masing–masing bagi membincangkan keputusan peperiksaan anak mereka di samping memberi gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi dan kelakuan anak mereka di sekolah. Lebih kurang pukul 8.30 pagi semua ibu bapa masuk ke dalam dewan bagi mendengar ceramah.

            Encik Suszma Khairitszi Bin Mahat yang merupakan Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Kota Kinabalu telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memberikan ceramah dan sekaligus memberi motivasi kepada ibu bapa. Dalam ceramahnya yang bertajuk “Permuafakatan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak’, Encik Suszma menekankan bahawa cara didikan anak zaman kini lebih mencabar dan berbeza dengan zaman dahulu. Ibu bapa perlu bijak menangani masalah anak-anak dengan cara yang lebih bersifat psikologi dan lembut bukannya kekerasan. Dalam sesi ceramah ini, ada juga beberapa ibu bapa yang tampil bertanya soalan dan meminta pendapat bagaimana menangani anak-anak dalam situasi yang tertentu.

            Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Diharap program–program sebegini rupa akan lebih banyak dianjurkan pada masa akan datang dan lebih ramai ibu bapa yang turut serta.
Disediakan oleh:                                                                               
Suriantika Zainuddin                                                                    
Setiausaha & Dokumentasi Program                                            

Suasana pendaftaran ibu bapa di Balai Seri Impian

Taklimat ringkas oleh Pn.Masturah Hj. Nanti, Penolong Kanan HEM
 
Ucapan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj. Suid bin Hj. Hanapi
 

Ceramah Program Permuafakatan oleh En. Suszma Khairitszi Bin Mahat
 

 Kelihatan Mr. Ibrahim warga USA, juga turut hadir semasa program ini.


Ibu bapa yang menghadiri ceramah Program Permuafakatan 2014
 


No comments:

Post a Comment